10 Gunung Tertinggi Di Malaysia


Pasti ramai rakyat Malaysia yang suka adventure, seperti mendaki bukit atau gunung. Di sini antara gunung-gunung yang tertinggi di negara kita. Berapa ramai yang sudah mendaki gunung-gunung tersebut?



10. Gunung Chamah 
Terletak di Hutan Belum, Kelantan. Mempunyai ketinggian 2,171 meter (7,121 kaki) dari aras laut.



9. Gunung Gayong
Terletak di Perak mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki).


8. Gunung Yong Belar
Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki)


7. Gunung Korbu
Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.


6. Gunung Tahan
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang.


5. Gunung Mulu
Gunung Mulu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Gunung Mulu mempunyai ketinggian setinggi 2,371 meter.



4. Gunung Murud
Gunung Murud merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Gunung Murud mempunyai ketinggian setinggi 2,438 meter.



3. Gunung Tambuyukon
Gunung Tambuyukon adalah merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocker yang merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di negeri Sabah dan mempunyai puncak purata ketinggian kira-kira 2,579 meter bersamaan dengan (8,462 kaki) daripada paras laut.



2. Gunung Trusmadi
Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter (8,669 kaki).




1. Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara 

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment