10 Perkara Merosakkan Otak


Otak adalah suatu nikmat dan anugerah Allah S.W.T kepada manusia yang tidak ternilai. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir secara kreatif manakala bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir menggunakan logik dan analisis.

Untuk memastikan otak kita dapat berfungsi dengan baik elakkan perkara berikut :

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi. 

Otak merupakan organ yang paling banyak mengunakan tenaga iaitu 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin bail. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialihkan kepada perut dan ususu untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak setrusnya menyebabkan kita mengantuk malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan nutrisi dan protien. ia juga boleh menggangu perkembangan otak yang sihat. 


5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara yang tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga menyebabkan kita terdedah kepada asap rokok seperti yang dinyatakan dalam perkara no 3.

6. Tidur Yang Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak. Namun tidur berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil menutup muka atau meniarap boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. ini menyebakan otak kita kekurangan oksigen.
 

8. Kurang Berimiginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan kecerdasan otak menurun.

9. Jarang BerfikirJarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Oleh itu, digalakkan selalu berfikir untuk melatih otak kita bekerja dan meningkatkan kepayaan otak kita. 


10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya dari rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sumber : Google
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment