10 Cara Diet Yang Betul


Saya pasti ramai yang nak kuruskan badan tak kira lelaki atau perempuan, jejaka atau wanita. Lelaki nak badan berketul, "six pack", berotot. Perempuan nak badan yang langsing macam gitar bak kata orang. Tapi kebanyakan bila di tanya kenapa tak makan, alasan nak diet.

Cuba kita lihat antara cara-cara diet yang betul kat bawah ni. ;)

1. Harus Bersarapan Sihat
Setiap pagi kita mengisi perut dengan hanya minum beberapa cawan kopi. Kita juga turut mengambil semangkuk oatmeal dengan taburan kismis atau buah-buahan segar sebagai sarapan pada waktu pagi. Namun, ia masih membuatkan kita terasa lapar sebelum waktu makan tengahari. Kenapa ini terjadi?

Menurut jurucakap American Dietetic Association, Dr. Andrea Giancoli, mereka yang tak makan sarapan di waktu pagi pasti akan cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengahari.

Jika kita mengambil sarapan, kita tetap akan merasa lapar pada waktu makan tengahari, tapi kita tak akan begitu gelojoh untuk makan lebih banyak kerana telah mengambil sarapan di waktu pagi.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita ambil sarapan yang sihat dan lengkap setiap pagi.

2. Makan Bila Terasa Lapar
Dengan kesibukan kerja di pejabat dan di rumah, sering membuatkan kita lupa untuk makan pada waktu yang sepatutnya. Kita hanya akan makan bila perut kita dah berbunyi. Dan di waktu makan malam pula, selera makan akan bertambah-tambah.

Menurut perunding diet dan penulis buku ‘The Real You Diet’, Dr. Madelyn Fernstrom, selain kita harus meneliti apa yang membuatkan kita rasa lapar, kita juga perlu atasi godaan ketika anak kita makan. Tak kiralah samada anak kita makan kentang, aiskrim dan sebagainya. Ini bukanlah cara kuruskan badan dengan cepat yang berkesan.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat, kita harus makan tepat pada waktu makan. Tak kisah samada kita rasa lapar atau tak, tapi makanlah secukupnya saja.

3. Baca & Ketahui Label Kandungan Nutrisi Makanan
Kita sering beli makanan di pasaraya seperti bijiran, biskut, snek dan sebagainya dengan anggapan ianya adalah sihat sebagai cara kuruskan badan dengan cepat dan kita sering abaikan untuk membaca label makanan dibungkusannya.



Kebanyakkan makanan seperti ini punyai tulisan ‘diperbuat dari bahan semulajadi’, ‘rendah lemak’, ‘baik untuk kesihatan’, ’0% lemak’ dan sebagainya. Walaupun ia di tulis begitu, tak bermakna kita boleh abaikan label makanan begitu saja. Kita harus tahu baca label nutrisi yang terdapat di belakang bungkusan tersebut.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita untuk ketahui apa kandungan nutrisi di dalam makanan yang kita ambil. Ia mungkin di tulis ’rendah lemak’ atau punyai ’0% lemak’ tapi kandungan nutrisi lain mungkin tinggi dan tak sihat untuk di ambil.

4. Tahu Makanan Apa yang Telah Kita Makan
Jika kita tak mengawal pemakanan kita sendiri, kemungkinan berat badan kita akan naik dengan mudah dan tanpa kita sedari. Kita akan makan apa saja makanan kegemaran kita terutama sekali jika kita makan semasa kita berada dalam keadaan tertekan atau stres.

Sebagai cara kuruskan badan dengan cepat, kita harus ubah cara pemakanan kita dan catat segala makanan yang kita ambil di dalam buku nota khas atau diari. Cara ini dapat membantu kita untuk makan dengan cara lebih teratur dan fleksibel. Ia mungkin agak leceh tapi ia akan membantu melancarkan diet kita.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat ialah dengan ketahui makanan apa yang kita ambil dan yang dapat bantu untuk kita turunkan berat badan.

5. Fokus Terhadap Makanan Yang Kita Ambil
Kesibukan seharian mungkin membuatkan kita menganggap makanan yang kita ambil itu tak penting. Kita boleh saja makan bijiran yang terdapat di atas meja kerja, kunyah snek sambil memandu dan makan stik sewaktu menonton televisyen. Kita juga sanggup membawa makanan kita ke meja kerja semata-mata ingin pastikan kerja kita selesai. Ini bukanlah cara kuruskan badan dengan cepat.


Kita seharusnya perlu makan secara perlahan-lahan. Fokuskan pada makanan yang sedang kita kunyah dan rasakan setiap gigitan makanan sehingga kita rasa kenyang.

 
Penulis buku ‘The Back Diet Solution’, Dr.Yudih S. Beck, mensyorkan untuk kita makan selama 15 minit. Mula-mula memang agak sukar untuk kita makan selama 15 minit, tapi lama-kelamaan ianya akan menjadi mudah.


6. Makan Setiap 3-4 Jam
Kita selalunya akan makan ketika lapar berbanding mengikuti jadual makan yang sepatutnya. Contohnya, kita mengambil hidangan tengahari dengan sepinggan nasi, ayam bakar dan sayur-sayuran. Selama enam jam, kita masih lagi rasa kenyang.

Sepatutnya kita makan apabila perut memberi isyarat lapar dan berhenti sebelum perut kita rasa kenyang. Ambillah makanan yang sihat dan seimbang serta sesuaikan dengan jumlah kalori yang tubuh badan kita perlukan dalam sehari.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita ambil makanan yang sihat dan seimbang serta dalam kuantiti yang secukupnya saja setiap hari.

7. Bungkus Makanan Berlebihan
Ketika kita makan di luar, kita sanggup membungkus makanan lebihan yang tak dihabiskan di restoran. Kemudian kita sanggup habiskan makanan itu di rumah tanpa rasa bersalah.

Kita sebenarnya perlu buat strategi baru ketika kita makan di luar. Kita boleh pastikan kita kongsi makanan bersama pasangan atau rakan sebagai amalan cara kuruskan badan dengan cepat kita.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita mengambil hidangan makanan dalam kuantiti yang kecil terutamanya ketika makan di luar.

8. Harus Makan Buah-buahan & Sayur-sayuran
Ketika kita berada di rumah, kita sering pastikan kita punyai simpanan stok buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar di dalam peti sejuk untuk memudahkan kita mengambilnya.

Walau-bagaimanapun, jika kita bekerja di luar, ini akan menyukarkan kita untuk mengambilnya seperti yang sepatutnya.

Jadi sekali-sekala sebagai cara kuruskan badan dengan cepat, kita boleh ambil sup sayuran atau jus buah-buahan sebagai pengganti dan makanan tambahan. Kita juga boleh ambil salad atau ulam-ulaman sewaktu hidangan makan kita.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari walau di mana kita berada.


9. Beli Yang Perlu Saja
Ketika kita ke pasaraya, kita akan tumpukan mata kita di bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan snek sihat saja. Kita tak ingin ke bahagian tengah pasaraya kerana bimbang akan tergoda untuk mengambil makanan yang tak sepatutnya.

Kebanyakkan makanan sihat sebenarnya diletakkan di bahagian tengah pasaraya. Jadi untuk mengelakkan kita berbelanja secara berlebihan dan cara kuruskan badan dengan cepat, lihat senarai barangan keperluan kita dan jangan sesekali kita keluar berbelanja ketika perut lapar.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita berdisiplin ketika membeli barangan keperluan kita di pasaraya. Beli hanya mengikut dalam senarai barangan keperluan kita saja.

10. Pastikan Ambil 25 Gram Serat Tiap-Tiap Hari
Setiap kali kita makan, kita akan kira berapa banyak kalori, serat, protein dan sebagainya, di dalam makanan yang kita ambil tu. Seperti contoh, kita ambil oatmeal, kacang soya, roti gandum dan sayur-sayuran untuk pastikan serat yang kita ambil cukup.

Sediakan kekacang dan biji-bijiran memanglah baik sebagai cara kuruskan badan dengan cepat. Kita juga boleh ambil sedikit oatmeal atau sebiji kuih yang mengandungi serat. Tapi jangan pula makan berlebihan kerana ia mungkin akan membuatkan kita mengalami gangguan perut.

Kesimpulannya: Cara kuruskan badan dengan cepat memerlukan kita mengambil makanan berserat 25 gram sehari kerana ia dapat bantu perut kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama lagi.


Cara kuruskan badan dengan cepat di atas ini jika kita amalkan boleh bantu kita dalam proses kuruskan badan secara sihat
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment