10 Cara Khusuk Solat



Salam untuk semua pembaca yang budiman. Renungan untuk dikongsikan dengan semua pada kali ini adalah mengenai 10 cara untuk kita khusuk dalam solat. Kita semua sedia maklum bahawa, solat adalah raja segala ibadah. Ianya diturunkan kepada kita sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Sebagai seorang Islam, solat adalah wajib kepada kita semua. Ianya adalah merupakan pertemuan rasmi kita dengan Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam. Jika dalam pertemuan kita dengan manusia kita ingin melakukan yang terbaik, apatah lagi dengan Allah. Raja segala yang terdapat di atas mukabumi ini. Pastinya kita inginkan yang sempurna dan terbaik. Penuh khusyuk dan tawadduk. Untuk mendapatkan yang terbaik kita perlu pastikan kita melakukan persediaan yang rapi dari segi jasmani dan rohani. Antara perkara yang kita harus lakukan adalah:



1. Solat tepat pada waktunya. Jangan suka lengahkan solat.

2. Persiapkan diri untuk mengadap Allah dengan melakukan wuduk yang    

    sempurna.

3. Jauhi segala kemungkaran.

4. Berniat dengan betul. Solat hanya untuk Allah.

5. Ambil masa sewaktu solat. Tidak terburu-buru

6. Pastikan setiap pergerakan kita adalah sempurna dan betul

7. Ingat Allah dalam setiap setiap bacaan dan pergerakan kita

8. Ingatkan kematian dan solat yang kita buat adalah solat yang terakhir

9. Faham maksud setiap ayat yang kita ungkapkan.

10. Berzikir dan berdoa selepas solat.




Moga-moga Allah menerima solat kita dan mempermudahkan segala urusan kita didunia dan diakhirat. Insha Allah..Aminn..
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment