Jalan raya dibina untuk menguhubungkan antara daerah lain dengan satu daerah yang lain. Tetapi oleh kerana bentuk muka bumi disemua tempat tidak sama, maka jalan raya yang dibina tidak semestinya rata dan lurus.
Di bawah ini, adalah 10 senarai jalan raya yang paling bahaya di dunia. Cuba tanya diri anda, berani kah anda melalui jalan tersebut??
1. Jalan Kematian - Bolivia
Di bawah ini, adalah 10 senarai jalan raya yang paling bahaya di dunia. Cuba tanya diri anda, berani kah anda melalui jalan tersebut??
1. Jalan Kematian - Bolivia
Terletak
di bagian utara kawasan Yungas, jalan ini disebut Jalan Kematian. Area
ini berada di kilometer ke 61-69 dari kota La Paz ke Coroico (ibukota
Bolivia daerah Amazon). Dikatakan seramai 200-300 orang meninggal
setahun di jalan ini sehingga digelar Jalan Kematian.
2. Jalan Gua Guoliang - China
Jalan yang terletak di gunung Taihang ini dibina oleh penduduk setempat selama lima tahun. Dengan berbentuk terowong gua melalui gunung sepanjang 1,2 km, jalan ini hanya memiliki 4 meter lebar dan 5 meter tinggi . Ingin mencuba melalui jalan ini,? Datanglah ke kawasan Hunan di China.
3. Ruta 5: Arica ke Jalan Iquique - Chile
Nampak macam selamat je jalan ni. Apa sebenarnya yang merbahaya di laluan ini? Angin Lintang.
Angin lintang boleh membuatkan kenderaan anda terpesong dan terjun ke lembah yang dalam. Kawasan gurun juga boleh mengakibatkan anda berhalusinasi.
4. Jalan Siberia ke Yakutsk - Rusia
Kawasan yang sejuk dan cuaca lembab. Kalau diri tak tahan dengan sejuk, elakkan melalui jalan ini. Jalan tersebut juga akan berlumpur bila cuaca hujan.
5. Jalan Raya Sichuan Tibet - China
Jalan yang di anggap paling indah di China, namun jalan ini juga yang paling merbahaya. Runtuhan salji yang boleh berlaku memburukkan lagi keadaan kepada pengembara yang melalui jalan ini.
6. Jalan Raya James Dalton - Alaska
Jalan raya James Dalton panjangnya adalah 414 batu dan diperbuat dari batu-batu gravel. Jalan ini menuju ke arah utara dari Livengood (keluar dari Jalan Raya Elliott), melalui padang ais kutub utara menuju ke jalur paling utara dari Alaska.Kombinasi antara batu-batu gravel yang licin (akibat ais ataupun lumpur) serta batu-batu dan debu beterbangan yang menyebabkan pandangan sama sekali tertutup dan mengancam keselamatan pemandu.
7. Jalan Patiopoulo ke Perdikaki - Yunani
Jalan ini adalah jalan pendek yang sangat sibuk, yang berlangsung antara Patiopoulo untuk Perdikaki, Greece. Jalan ini dalam pembaikan dan juga berbahaya kerana banyak bahagian yang rosak dan berbukit, tanpa pencahayaan yang cukup atau kemudahan keselamatan yang mencukupi. Kenderaan di bukit sering tidak melihat kenderaan lain ke arahnya dari arah lain. Lebih buruk lagi kerana laluan ini sering digunakan oleh pejalan kaki, haiwan, lori, bus dan kereta
8. Trollstigen - Norwegia
Jalan-jalan yang sempit dengan banyak selekoh tajam, dan walaupun beberapa selekoh telah diperluaskan pada tahun 2005 hingga 2012, kenderaan lebih 12.4 meter (41 kaki) panjang adalah dilarang daripada memandu di jalan ini.
9. Jalan A682 - Inggris
Jalan A682 di antara persimpangan 13 dari Jalan M65 dengan Long Preston merupakan jalan merbahaya di Inggris Raya. Dilaporkan lebih 100 kemalangan selama 10 tahun lalu. Jalan sepanjang 14 batu di Yorkshire Utara ini mengakibatkan 22 kematian selama 3 tahun kebelakangan. Jalan ini sangat disukai para pengembara bermotor.
10. Jalan Stelvio Pass Trollstigen - Italia
Jalan beraspal kedua tertinggi di sepanjang pergunungan Alpen selepas jalan Col de l’seran (2770 m). Stelvio Pass Road menghubungkan Valtellina dengan bagian atas lembah Adige dan Merano. Letaknya di pergunungan Alpen yang masuk ke Italia, berhampiran Bormio dan Sulden, 75 km dari Bolzano, dekat perbatasan negara Swiss.
0 comments:
Post a Comment