10 Keburukan Kurang Tidur


Kekurangan tidur adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada pekerja-pekerja shif seperti pemandu lori, bas, kapalterbang, pekerja kilang, pekerja hotel, pekerja berpakaian seragam dan sebagainya. Untuk mendapatkan tidur yang lena cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.


Elakkan kekurangan tidur untuk kesihatan anda.Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda. Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
    
2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
    
3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
    
4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
    
5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
    
6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
    
7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
    
8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
    
9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
    
10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Untuk kesihatan anda cubalah elakkan masalah kurang tidur, seboleh-bolehnya carilah masa 8 jam untuk tidur yang sihat.Dan untuk yang beragama muslim, jangan lupa baca doa tidur.



SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment