10 Kelebihan Android Phone banding Iphone


android vs iphone 10 Kelebihan Android Dibandingkan iPhone
Android merupakan sistem operasi mobile yang paling popular pada masa ini. Pesaing terdekatnya adalah iPhone. Apa saja kelebihan Android dibandingkan iPhone.

1. Skrin Besar
Android Phone dijual dan dikembangkan oleh banyak vendor seperti Samsung, Sony, Asus sedangkan iPhone hanya dijual dan dikembangkan oleh Apple. Hasilnya banyak kita lihat versi model Android. Mulai dari smartphone, phablet dan tablet. Anda boleh lihat model smartphone dari model berskrin 3 inci hingga 6 inci. Lalu ada phablet. Phablet merupakan “titik temu” antara peranti smartphone dengan tablet. Phablet biasanya berukuran antara 5 – 6,9 inci. Selain itu masih ada tablet yang berukuran mulai dari 7 inci.
Bagaimana dengan iPhone? iPhone sejauh ini baru mengeluar 3 versi untuk skrin iaitu 3.5 inci (iPhone 1 – iPhone 4S) ,4 inci (iPhone 5). dan yang terbaru 4.7 inci (iPhone 6).Apple tak memiliki phablet.Apple cuma mengeluarkan phone dan juga tablet (iPad).
2. Kad Memori
Banyak peranti Android yang menyediakan option menambah external memory melalui memori kad. Ini merupakan penyelesaian untuk mereka yang hendakkan memori yang besar. Peranti Android buat masa kini boleh menampung sehingga maksimum 128GB kad memori.
iPhone sememangnya anda tahu tidak mempunyai kad memori luaran. iPhone telah menyediakan memori sedia ada iaitu 16GB,32GB dan juga 64GB (memori terbesar setakat ini).
3. Bateri
Banyak peranti dari Android yang dijual dengan bateri yang diasingkan dari badan peranti tersebut. Namun ada juga peranti yang mana bateri melekat dengan badan. Mana-mana peranti (smartphone) yang kerosakan bateri boleh lah diganti dengan bateri yang baru seperti Sony Xperia, Lenovo dan Samsung.
iPhone buat masa ini tidak menyediakan bateri untuk diganti jika berlaku kerosakan. Ini disebabkan bateri iPhone melekat sekali dengan badan phone tersebut.

4. Ubahsuai Skrin
Skrin Android juga dapat diubahsuai. Anda dapat menambahkan widget, shortcut aplikasi dan juga wallpaper animasi. Sedangkan pada peranti iOS, pengubahsuaian skrin dan menambahkan wallpaper animasi tak dapat dilakukan, disebabkan Apple tak mengizinkan.
5. Peta
Apple Maps mendapat review yang kurang baik dan banyak hal harus diperbaiki. Google Maps jauh lebih baik dan tepat. Pengguna Android sudah mendapatkannya secara sedia ada. Sementara pengguna iPhone terpaksa memuat turun terlebih dahulu di App Store.
6. Pengecas USB standard
Apple telah mengubah port pengecas dari 30 pin menjadi 8 pin sejak iPhone 5 dikeluarkan. Ini tentu menyulitkan pengguna Apple yang memiliki 2 jenis iPhone, yakni satu charger untuk iPhone 5 dan satu charger untuk iPhone versi sebelum iPhone 5.
Peranti Android sendiri menggunakan charger yang sama, yakni micro USB. Pengguna cukup membawa 1 jenis pengecas untuk mana-mana peranti.
7. Sinkronisasi Data Google
Pengguna Android dengan mudah dapat melakukan sinkronisasi data mereka. Cukup dengan memasukan akaun Google, pengguna Android secara otomatik dapat melihat data-data mereka.
Pengguna Apple tak dapat melakukan itu saat menjalankan aplikasi Google. Mereka harus memasukan data layanan aplikasi Google satu per satu di iOS.
8. Mudah Berbagi Data Dengan NFC
Dengan NFC, pengguna dapat berbagi data dengan cepat. Cukup dekatkan dua peranti, maka transfer data dapat dilakukan. Sudah banyak peranti Android yang menggunakan teknologi ini.
Sementara itu pengguna iPhone tak dapat melakukan NFC disebabkan Apple tak memberikan teknologi ini di iOS.
9. Membayar Melalui HP
Dengan Android dapat membayar sesuatu secara virtual. Cukup dengan menggunakan Google Wallet, anda tak lagi perlu mengeluarkan duit atau kad kredit/debit di dompet. Teknologi Google Wallet menggunakan NFC.
Apple sendiri belum memberikan layanan pembayaran virtual seperti Google Wallet.
10. Google Now Lebih Baik Dari Siri
Google Now (Android) dan Siri (iPhone) merupakan pembantu peribadi. Namun Google Now lebih baik. Google Now dapat memberikan informasi tanpa melalui perintah suara. Ini tentu saja membantu mengurangkan halangan perintah suara. Kerana teknologi perintah suara masih menyukarkan disebabkan halangan bahasa.

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment